Selasa, 9 Jun 2009

MAKAN MALAM BERSAMA YB.MENTERI BELIA & SUKAN MALAYSIA






Seronoknye...mantan Pengerusi PIKIR yang berpeluang ke Majlis Makan Malam bersama YB.Menteri pada 7hb yang lalu bertempat di Marine Park , Perbadanan Labuan. Menyesal kami menolak pelawaan beliau malam tu. Menurut apa yang dikongsikan dengan kami, YB.Menteri begitu sporting sekali. Habis dari meja ke meja beliau kunjungi untuk beramah mesra dengan semua tetamu yang hadir pada malam tersebut. Pada malam tu juga turut sama kelihatan dalam gambar yang diemail kepada kami oleh Mantan Pengerusi PIKIR ialah YB.Ahli Parlimen Labuan, YB.Dato Yussof Hj.Mahal ,Ketua Pengarah KBS, Dato Fahtul Razi,Presiden MajLis Belia Labuan , Tuan Hj.Shuib Nasir, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Labuan, Saudara Rafi Ali Hassan, Pengarah JBSWPL , Hjh.Zawyiah Hj.Mohammad dan pemimpin-pemimpin persatuan belia & sukan.

Isnin, 8 Jun 2009

AKTIVITI-AKTIVITI MENGISI PROGRAM JELAJAH KECERGASAAN "TIADA ALASAN" UNTUK CERGAS






Sepanjang 2 hari program ini berlangsung, sungguh meriah sekali, belia PIKIR juga tidak ketinggalan untuk menyertai program yang diadakan, walau pun tidak berjaya memenangi sebarang pertandingan, akan tetapi atas semangat kesukanan kami mengalu-alukan agar program sebegini diteruskan dari masa ke semasa. Kesemua gambar-gambar ini kami sempat rakamkan apabila YB.Menteri Belia berkunjung ke tapak program.

PRORAM JELAJAH KECERGASAAN "TIADA ALASAN"





Pada 7hb Jun yang lalu, bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, telah berlangsung 1 program tentang kecergasaan. Program tersebut dirasmikan sendiri oleh Menteri Belia & Sukan Malaysia , YB.Dato Ahmad Shabery Cheek. Turut hadir pada petang itu ialah YB.Dato Yusof Hj.Mahal, Ahli Parlimen Labuan, Ketua Pengarah Kementerian Belia & Sukan Malaysia , Dato Fahtul Razi , Pengarah JBSWPL, Pn.Hjh.Zawyiah Hj.Mohammad, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Labuan , Saudara Rafi Ali Hassan, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Labuan, Pn,Rahimah Hj.Lamat dan Presiden Majlis Belia Labuan, Tuan HJ.Shuib Nasir. Pada prgoram itu YB.Menteri berpeluang sendiri mendekati rakyat Labuan yang terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan. Paling mengujakan ialah sessi senamrobik petang itu, YB.Menteri bersama dengan VIP yang lain pun turut serta, walaupun ada yang pakaian tidak sesuai, tetapi bukan alasan untuk turut serta dalam program petang itu.

Sabtu, 6 Jun 2009

MENTERI BELIA & SUKAN KE LABUAN

Salam Belia Salam Perpaduan....

Alhamdulilah...akhirnya orang yang ditunggu2
akan memijakkan kaki ke bumi Labuan.Apa yang kami difahamkan,
Menteri Belia & Sukan akan tiba hari ini dalam misi untuk
Merasmikan program Kecergasaan ( Tiada Alasan)esuk. Tapi alangkah
seronoknya kalau, pemimpin belia peringkat akar umbi diberi peluang untuk
berdailog dengan beliau. Barulah beliau boleh menyelami isi hati pemimpin
muda ini. FIKIRKAN.....