
Salam Belia dan Salam Perpaduan...
Pada hujung minggu yang lalu aku bersama jurugambar Mustapa Abd.Kamal berkesempatan untuk bersantai bersama dengan pengerusi baru Persatuan Belia Kg.Patau-Patau No.1(PIKIR) iaitu Saudara Affiz Bin Bakar. Walaupun sibuk dengan tugasan seharian, beliau masih sempat meluangkan masa selama beberapa jam untuk kami wawancara. Terima kasih kepada Saudara Affiz yang cukup mesra ketika itu. -EDITOR
"Di lahirkan pada tahun 1985, anak kelahiran kampung Patau-Patau 1 ini terus melangkah gagah dalam mengejar impiannya untuk bergelar Jutawan satu hari nanti.
Menerajui Persatuan PIKIR bukan 1 tugas yang mudah, yang mana memerlukan pengorbanan dari segi masa,wang ringgit dan tenaga. Bagaimana beliau membahagikan masa antara kerjaya , perniagaan dan sosialnya, ikutilah wawancara tersebut.
EDITOR : Bila rasanya saudara Affiz terlibat dengan kerja-kerja sukarela ini ?
PP : Pada asalnya saya juga tidak menyangka akan terlibat dengan kerja-kerja sukarela ini, ketika remaja lain ketika itu sibuk menyertai Rakan Muda, saya masih tidak mengendahkan semua ini. Sehingga 1 hari saya di datangi oleh seorang kawan mengajak saya untuk sama-sama aktif dalam kerja sukarela ini.
EDITOR : Apakah program yang mula-mula saudara sertai dulu ?
PP : Seingat saya ketika itu program yang saya sertai adalah Perkhemahan Rakan Muda , Rakan Rekreasi yang diadakan di Pantai Pohon Batu sekitar tahun 1999.
EDITOR : Apakah perkembangan saudara selepas itu ?
PP : Apabila saya sendiri sudah merasai akan keseronokan terlibat dengan program tersebut , saya terus menanti-nanti sekiranya ada lagi program-program yang dianjurkan, walau dari Jabatan dan Agensi yang lain. Sehinggalah saya dipelawa untuk menyertai program Kem Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara. Setelah itu saya terus aktif bersama Jabatan Perpaduan terutama dengan aktiviti Jiran Muda mahupun Rukun Tetangga.
EDITOR : Bagaimana pula saudara boleh terlibat dengan kerja-kerja Belia ?
PP : Ketika itu sekitar tahun 2003 , perintis Persatuan Belia Kg.Patau-Patau , Saudara Basran ada bertemu saya , beliau menawarkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha yang ketika itu kosong, tanpa berfikir panjang saya setuju untuk memikul tanggungjawab tersebut , dan beliaulah yang banyak mengajar saya tentang erti kepimpinan. Sehinggalah pada tahun 2006 , Saya telah dipilih untuk memegang jawatan Timbalan Pengerusi dan akhirnya menjawat kerusi no.1 dalam persatuan iaitu Pengerusi pada tahun ini.
EDITOR : Apakah perancangan saudara seterusnya selepas ini ?
PP : Pertamanya, saya masih meneruskan misi dan visi mantan Pengerusi dulu , Saudara Basran , yang mahu mengangkat Persatuan Belia PIKIR menerima anugerah Belia Negara yang belum tercapai , selain itu saya tertarik untuk sama-sama meneruskan Visi beliau ingin melihat ahli-ahli PIKIR terutamanya agar menjadi Insan yang menang Dunia Menang Akhirat , dan melalui peluang perniagaan yang beliau bawakan kepada seluruh ajk PIKIR , tidak mustahil perkara ini mampu dikecapi, tinggal saja ajk yang ada sedia memberikan kerjasama dengan saya sekarang.
EDITOR : Boleh Saudara terangkan bidang perniagaan macam mana yang anda berikan kepada ahli-ahli PIKIR?
PP : Sebenarnya kita tidak memberikan mereka perniagaan , tetapi peluang. Kalau sebut soal berniaga , tentu secara sendirinya minda kita fikir tentang model, oleh itu saya cukup-cukup tertarik , apabila saudara Basran menawarkan kami untuk menyertai bidang perniagaan Jualan Pelbagai Peringkat atau (MLM). Dimana model kecil untung besar.
EDITOR : Apakah perkembangan mereka sekarang ini?
PP : Walaupun belum mengecap kejayaan , akan tetapi saya yakin dan percaya yang mereka akan menjadi bukan saja pemimpin belia akan tetapi golongan muda yang berjaya dalam perniagaan.
EDITOR : Sebenarnya banyak perkara lagi ini saya ajukan kepada saudara , akan tetapi rasanya masa tidak mencukupi , setakat ini dulu perkongsian kita, ada masa dan hari yang sesuai kita akan bersua lagi.
( Diakhir perbualan , saudara Affiz tidak putus-putus menjawab panggilan telefon menandakan beliau sememangnya sibuk dengan tugas serta perniagaan yang dijalankan.
EDITOR : ”9/10 REZEKI DI MUKA BUMI ALLAH SWT INI ADALAH DARIPADA BERNIAGA , AKAN TETAPI MENGAPA MASIH RAMAI YANG MEMILIH 1/10 IAITU MAKAN GAJI?