Rabu, 27 Mei 2009

"SANTAI BERSAMA PENGERUSI PIKIR"


Salam Belia dan Salam Perpaduan...

Pada hujung minggu yang lalu aku bersama jurugambar Mustapa Abd.Kamal berkesempatan untuk bersantai bersama dengan pengerusi baru Persatuan Belia Kg.Patau-Patau No.1(PIKIR) iaitu Saudara Affiz Bin Bakar. Walaupun sibuk dengan tugasan seharian, beliau masih sempat meluangkan masa selama beberapa jam untuk kami wawancara. Terima kasih kepada Saudara Affiz yang cukup mesra ketika itu. -EDITOR

"Di lahirkan pada tahun 1985, anak kelahiran kampung Patau-Patau 1 ini terus melangkah gagah dalam mengejar impiannya untuk bergelar Jutawan satu hari nanti.
Menerajui Persatuan PIKIR bukan 1 tugas yang mudah, yang mana memerlukan pengorbanan dari segi masa,wang ringgit dan tenaga. Bagaimana beliau membahagikan masa antara kerjaya , perniagaan dan sosialnya, ikutilah wawancara tersebut.

EDITOR : Bila rasanya saudara Affiz terlibat dengan kerja-kerja sukarela ini ?

PP : Pada asalnya saya juga tidak menyangka akan terlibat dengan kerja-kerja sukarela ini, ketika remaja lain ketika itu sibuk menyertai Rakan Muda, saya masih tidak mengendahkan semua ini. Sehingga 1 hari saya di datangi oleh seorang kawan mengajak saya untuk sama-sama aktif dalam kerja sukarela ini.

EDITOR : Apakah program yang mula-mula saudara sertai dulu ?

PP : Seingat saya ketika itu program yang saya sertai adalah Perkhemahan Rakan Muda , Rakan Rekreasi yang diadakan di Pantai Pohon Batu sekitar tahun 1999.

EDITOR : Apakah perkembangan saudara selepas itu ?

PP : Apabila saya sendiri sudah merasai akan keseronokan terlibat dengan program tersebut , saya terus menanti-nanti sekiranya ada lagi program-program yang dianjurkan, walau dari Jabatan dan Agensi yang lain. Sehinggalah saya dipelawa untuk menyertai program Kem Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara. Setelah itu saya terus aktif bersama Jabatan Perpaduan terutama dengan aktiviti Jiran Muda mahupun Rukun Tetangga.

EDITOR : Bagaimana pula saudara boleh terlibat dengan kerja-kerja Belia ?

PP : Ketika itu sekitar tahun 2003 , perintis Persatuan Belia Kg.Patau-Patau , Saudara Basran ada bertemu saya , beliau menawarkan jawatan sebagai Penolong Setiausaha yang ketika itu kosong, tanpa berfikir panjang saya setuju untuk memikul tanggungjawab tersebut , dan beliaulah yang banyak mengajar saya tentang erti kepimpinan. Sehinggalah pada tahun 2006 , Saya telah dipilih untuk memegang jawatan Timbalan Pengerusi dan akhirnya menjawat kerusi no.1 dalam persatuan iaitu Pengerusi pada tahun ini.

EDITOR : Apakah perancangan saudara seterusnya selepas ini ?

PP : Pertamanya, saya masih meneruskan misi dan visi mantan Pengerusi dulu , Saudara Basran , yang mahu mengangkat Persatuan Belia PIKIR menerima anugerah Belia Negara yang belum tercapai , selain itu saya tertarik untuk sama-sama meneruskan Visi beliau ingin melihat ahli-ahli PIKIR terutamanya agar menjadi Insan yang menang Dunia Menang Akhirat , dan melalui peluang perniagaan yang beliau bawakan kepada seluruh ajk PIKIR , tidak mustahil perkara ini mampu dikecapi, tinggal saja ajk yang ada sedia memberikan kerjasama dengan saya sekarang.

EDITOR : Boleh Saudara terangkan bidang perniagaan macam mana yang anda berikan kepada ahli-ahli PIKIR?

PP : Sebenarnya kita tidak memberikan mereka perniagaan , tetapi peluang. Kalau sebut soal berniaga , tentu secara sendirinya minda kita fikir tentang model, oleh itu saya cukup-cukup tertarik , apabila saudara Basran menawarkan kami untuk menyertai bidang perniagaan Jualan Pelbagai Peringkat atau (MLM). Dimana model kecil untung besar.


EDITOR : Apakah perkembangan mereka sekarang ini?

PP : Walaupun belum mengecap kejayaan , akan tetapi saya yakin dan percaya yang mereka akan menjadi bukan saja pemimpin belia akan tetapi golongan muda yang berjaya dalam perniagaan.

EDITOR : Sebenarnya banyak perkara lagi ini saya ajukan kepada saudara , akan tetapi rasanya masa tidak mencukupi , setakat ini dulu perkongsian kita, ada masa dan hari yang sesuai kita akan bersua lagi.

( Diakhir perbualan , saudara Affiz tidak putus-putus menjawab panggilan telefon menandakan beliau sememangnya sibuk dengan tugas serta perniagaan yang dijalankan.


EDITOR : ”9/10 REZEKI DI MUKA BUMI ALLAH SWT INI ADALAH DARIPADA BERNIAGA , AKAN TETAPI MENGAPA MASIH RAMAI YANG MEMILIH 1/10 IAITU MAKAN GAJI?

Selasa, 26 Mei 2009

SAMBUTAN HARI BELIA PERINGKAT WP LABUAN


Pada 24 Mei 2009 yang lalu bertempat di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan telah berlangsung Sambutan Hari Belia Peringkat WP Labuan. Majlis yang dirasmikan oleh YB.Dato Yusof Hj.Mahal , Ahli Parlimen Labuan dihadiri kira-kira 500 orang ahli belia yang mewakili semua persatuan belia di WP Labuan ini. Pikir pun turut sama menyertai program tersebut dengan menghantar Saudara Budi Suferadi Abd.Karim sebagai ketua bersama 3 ahli jawatankuasa iaitu Mohd.Ijat Syukri , Mustapa Kamal dan juga Isamuddin Ismail. Majlis yang turut dihadiri oleh Penasihat Majlis Belia Labuan , Datuk Hj.Isli Hj.Siput, Pengarah Jabatan Belia & Sukan Labuan, Puan Hjh.Zawyiah Hj.Mohamad, Presiden Majlis Belia Labuan, Tuan Hj.Shuib Nasir berserta exco-exco Majlis Belia Labuan, turut hadir ialah pengarah-pengarah Jabatan Kerajaan terbabit, Ketua-Ketua kampung. Pada malam itu berberapa anugerah juga turut disampaikan. Tahniah kepada semua yang telah berjaya menerima anugerah pada malam tersebut.

MESYUARAT TAHUNAN

Pada bulan Mac yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Belia Kg.Air Patau-Patau(PIKIR)bertempat Balairaya Kg.Patau-Patau No.1. Mesyuarat Tahunan yang diRasmikan oleh Ketua Kampung Patau-Patau No.1 Tuan Hj.Gutak Ag.Besar.Pada Mesyuarat tersebut Pengerusi Persatuan Saudara Basran Yunus telah melepaskan jawatan sebagai pengerusi untuk memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi Saudara Affiz Bakar bagi menerajui kepimpinan PIKIR. Pada mesyuarat tersebut juga Saudara Bacho Beddu yang sebelum ini memegang jawatan Setiausaha telah dipilih menjadi Timbalan Pengerusi. Beberapa ahli jawatankuasa lama masih dikekalkan,berikut adalah senarai Jawatankuasa Persatuan Belia Kg.Air Patau-Patau(PIKIR)bagi sessi 2009-2011

PENAUNG :SAUDARA BASRAN YUNUS
PENGERUSI :SAUDARA AFFIZ BAKAR
TIM.PENGERUSI :SAUDARA MUHAMMAD BACHO BEDDU
SETIAUSAHA :SAUDARI FARIZAH LAMUDDIN
PEN SETIAUSAHA :SAUDARA BUDY SUFREADY ABD.KARIM
BENDAHARI :SAUDARA SARDI MAT SALLEH
10 AHLI JAWATANKUASA
1. SAUDARA MUSTAPA KAMAL
2. SAUDARA MOHD.IJAT SYUKRI AG.DAMIT
3. SAUDARA ISAMUDDIN ISMAIL
4. SAUDARI NORHIDAYU SUHAILI
5. SAUDARA NAJIB AHMAD
6. SAUDARA EFFANDI ABD.GHANI
7. SAUDARI DIANA DAUD
8. SAUDARI NURHAYANA ABD.HALIM
9. SAUDARA JAMAL DULAAB
10.SAUDARI SUZAINI SHUKUR

SEJARAH PENUBUHAN

Persatuan Belia Kg.Patau-Patau 1(PIKIR) yang ditubuhkan pada 15 Mei 2005 telah mendapat kelulusan pendaftaranya pada 22 Jun 2006. Dengan No.Pendaftaran 0504-SBH-06, Persatuan Belia PIKIR masih sah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah, dan telah mengemukakan pendaftaranya kepada Jabatan Pendaftaran Persatuan(ROY), Kementerian Belia & Sukan, dan sehingga kini masih menunggu proses kelulusan daripada ROY. Walaupun masih dalam proses menunggu kelulusan pendaftaran, pihak pengurusan PIKIR masih aktif menjalankan aktiviti-aktiviti mingguan terutama kelas latihan lakonan dan kompang, selain kursus-kursus dan latihan dalam bidang perniagaan.